Commons:Wiki Loves Earth 2018/ms

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of a page Commons:Wiki Loves Earth 2018 and the translation is 100% complete. Changes to the translation template, respectively the source language can be submitted through Commons:Wiki Loves Earth 2018 and have to be approved by a translation administrator.
Wiki Loves Earth

Shortcut: COM:WLE2018

Wiki Loves Earth 2018

 

Negara yang menyertai

 

Peraturan dan soalan lazim

 

Penganjur

 

Pemenang

 

Hubungi kami

2018 countries
2018 countries
Selamat datang ke Wiki Loves Earth 2018!

Wiki Loves Earth adalah sebuah pertandingan fotografi antarabangsa tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Mei, dianjurkan di seluruh dunia oleh organisasi, kumpulan Wikimedia dan sukarelawan Wikipedia tempatan. Peserta mengambil gambar-gambar warisan semula jadi dan landskap indah tempatan yang terdapat di negara mereka dan memuat naiknya di Wikimedia Commons. Untuk negara yang menyertai, terdapat pertandingan berasingan yang dianjurkan oleh pasukan tempatan, jadi tempoh, peraturan, hadiah dan sebagainya mungkin sedikit berbeza.

Matlamat asas pertandingan ini adalah untuk mengumpulkan gambar bagi tapak-tapak warisan semula jadi – seperti rizab alam semula jadi, kawasan pemuliharaan landskap, taman negara, kawasan landskap yang indah, kebun yang menakjubkan dan sebagainya – untuk menggambarkan rencana-rencana di ensiklopedia bebas Wikipedia dan projek Yayasan Wikimedia yang lain.

Fokusnya bukan sahaja pada tapak-tapak dengan kepentingan semula jadi, tetapi juga yang dilindungi di peringkat wilayah dan pelbagai tapak semula jadi yang mungkin seperti hutan, taman, kebun, batuan, gua atau apa-apa bahagian semula jadi yang dilindungi di negara anda. Ini bermaksud kebanyakan pengguna boleh mencari beberapa tapak warisan semula jadi yang dekat dengan mereka.

Garis masa
  • 1 – 31 Mei dan 1 – 30 Jun: pertandingan kebangsaan. Sila lihat garis masa tertentu untuk setiap negara yang menyertai
  • 31 Julai: tarikh tamat penyertaan, contohnya di laman pemenang
  • 15 September: tarikh tamat untuk hasil keputusan di peringkat antarabangsa
Peraturan
  • Peraturan untuk peringkat antarabangsa diterbitkan di sini. Pertandingan-pertandingan di peringkat tempatan mungkin mempunyai peraturan, pencalonan dan tarikh tamat yang tersendiri.
Hadiah
  • Pemenang tempat pertama akan mendapat biasiswa penuh ke Wikimania 2019 di Sweden, hadiah peringkat antarabangsa yang lain ialah baucer Amazon dan terdapat juga hadiah bagi setiap negara. Pasukan tempatan mungkin mempunyai hadiah untuk pemenang di peringkat tempatan.
Imej yang dimuat naik
Bagaimana ingin menyertai
Laman sesawang rasmi
Siaran akhbar

Penafian:Pertandingan ini dianjurkan oleh para sukarelawan dan pihak penganjur berhak untuk mengubah mana-mana peraturan atau membatalkan pertandingan mengikut budi bicara mereka sendiri, walaupun pertandingan itu telah dimulakan. Para penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peruntukan oleh para penaja bagi apa-apa hadiah, atau sebarang liabiliti yang berkenaan dengan pertandingan ini. Tiada peraturan atau apa-apa sahaja pada halaman ini yang ditawarkan untuk mewujudkan ikatan hubungan yang sah dengan mana-mana penganjur. Para juri tidak layak menerima sebarang penghargaan (walaupun mereka juga dialu-alukan untuk menyumbang gambar juga).