Commons:Picture of the Year/2012/Translations/Village Pump/ms

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search

Pusingan pertama undian Gambar Tahun Ini dibuka[edit]

Salam dan selamat sejahtera ahli Wikimedia,

Wikimedia Commons dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pertandingan Gambar Tahun 2012 (POTY) dibuka. Kami berminat akan pendapat anda tentang gambar mana yang layak menjadi Gambar Tahun 2012. Pengundian dibuka kepada ahli Wikipedia yang menepati syarat-syarat berikut:

  1. Pengguna perlu mempunyai akaun, di mana jua projek Wikipedia, yang berdaftar sebelum Selasa 1 Januari 2013 00:00:00[UTC].
  2. Akaun pengguna ini perlu mempunyai lebih daripada 75 suntingan terhadap mana-mana projek Wikimedia tunggal sebelum Selasa 1 Januari 2013 00:00:00 [UTC]. Sila periksa sama ada akaun anda layak di alat Kelayakan Menyertai Pertandingan POTY 2012.
  3. Pengguna perlu mengundi melalui akaun yang menepati syarat-syarat di atas sama ada di Commons atau projek berkaitan SUL Wikipedia (bagi projek-projek Wikipedia lain, akaun perlu berkait kepada akaun Commons pengguna melalui SUL).

Beratus-ratus imej diberi taraf Gambar Pilihan oleh masyarakat antarabangsa Wikimedia Commons pada tahun lepas dan semua gambar tersebut dimasukkan ke dalam pertandingan ini. Dari tangkapan gambar profesional binatang dan tumbuhan ke gambar panorama dan latar langit yang mengagumkan, imej bersejarah yang dibaik pulih, imej yang menggambarkan seni bina terbaik di dunia, peta, lambang, gambar rajah yang direka dengan teknologi terkini, dan potret manusia yang menarik, Commons menampilkan pelbagai jenis gambar.

Bagi keselesaan anda, kami sudah menyusun imej mengikut kategori topik. Dua pusingan pengundian akan diadakan: Dalam pusingan pertama, anda boleh mengundi sebanyak imej yang anda suka. Pemenang kategori pusingan pertama dan 10 keseluruhan teratas akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan akhir, apabila bilangan imej terbatas, anda perlu memilih imej yang anda mahu sebagai Gambar Tahun Ini.

Pergi ke laman POTY 2012 Wikimedia Commons untuk melihat gambar-gambar.

Wikimedia Commons mengiktiraf imej pilihan tahun 2012 dengan pertandingan ini. Undi anda akan menentukan Gambar Tahun Ini, jadi jangan lupa mengundi pada pusingan pertama selewat-lewatnya pada 30 Januari 2013

Terima kasih,
Jawatankuasa Gambar Tahun Ini Wikimedia Commons